Marilah hidup secara sihat - Senaman :D


Kemain tajuk kemainnn macam dah sihat sangat je kan? Hahaha. Tetiba teringin nak tulis post ni masa jogging subuh tadi. Dahlah teringat dekat juniors semua hmm makin risau dekat diaorang. Urgh! Rasa nak balik Pasir Gudang cecepat :D Nak jadi coach yang baik. Please lah please nak balik cepat Haihhh.

Since balik nanti aku inshaaAllah akan jadi coach untuk trombonist yang lain dalam masa sebulan, aku nak take note lah apa yang akan aku ajar, especially the basics one :) First, nak ajar diaorang cara senam untuk bandgirls yang betul. Aku amalkan sampai sekarang dan alhamdulillah. Aku jarang sakit (amatlah jarang) dan mampu jogging non-stop selama 2 round stadium, 20 round court KKM dan 5 minit non-stop. Tunggulah aku kurus nanti, lagi lama and lagi jauh aku boleh lari non-stop Haha *riaknya*

Sebanyak 90% daripada panduan ni semua datang daripada ayahanda kesayangan band kami, sir Azhar :) He taught us well :) Malangnya, hanya superseniors je yang mampu serap petua dia semua sebab dia ajar kami direct eye-to-eye. Lagi 10% datangnya daripada cikgu netball aku masa form 4 dulu. Ehem. I main netball, youuu. Hahaha. Jadi GK and WD :) Ah rindu!

Baru download this apps. Really helpful.

Okay enough with all the 'throwback' things.


Panduan senaman pagi (jogging) yang betul ( hold and behold *drum rolls* )

Pakai proper attire, girls
Yang paling penting, tutup aurat. Tak kisahlah nak jogging depan rumah ke apa ke, pakailah tudung, baju labuh, stokin, seluar track, kasut sukan. Tak susah kan? Allah jaga kita kalau kita pandai jaga perintah Dia :)


WARM-UP! 
This is really wajib. Sangat sangat. Korang tau tak betapa pentingnya warm-up yang betul? Warm-up dapat mengelakkan kita rasa sakit semasa jogging. Kalau kita tiba-tiba rasa sakit masa jog, ini akan mengurangkan stamina dan efficiency kita berjogging (Amboi ayat kemain) Hahaha serious. Pagi tadi aku silap warm-up. Silap tau, bukan tak warm-up. Aku over tarik pergelangan kaki aku masa warm-up. Later masa jog, kaki tu sakit. Allah. Terus tak bersemangat. Spoiled. Hmm. Take note.

Tapi step-step nak warm-up tu tak dapatlah aku ajar. Takkan nak buat video pulak Hahaha untuk juniors, aku ajarlah nanti. Yang penting, warm-up ni kena mula daripada anggota atas (kepala) sehingga ke bawah (kaki). Kalau yang lain, korang google je lah ye Hiks. Sorry :) Sebab warm-up tu kena perfect, ada peraturan dia. Macam cikgu Netball aku ajar, masa nak warm-up kaki, kena pegang, tolak keatas. Bukan tolak kedalam (Allah, tak reti nak describe) Haha.


Pernafasan
Haaa bandgirls kena tahu ini. Ini yang penting. Sebab pernafasan dengan rentak dengan betul dapat buat aku jog non-stop dalam satu jangka masa yang lama :) Ini rahsia bandgirls tapi nak kongsilah buat non-bandgirls juga :)

First, bernafas 4-4. Apa tu 4-4? Okay. Permulaan jogging tu, bernafaslah ikut langkah korang. 4 langkah tarik nafas, 4 langkah hembus nafas. Buat berterusan ikut langkah kaki korang berjogging. Ingat, nafas guna hidung, bukan mulut. Hidung kan ada cilia and bulu roma yang boleh filter contaminant dalam udara. Jangan sesekali nafas guna mulut okay?

Later, bila rasa dah takboleh nafas 4-4, tukar kepada 2-2. Sama juga teorinya, dua langkah tarik nafas, dua langkah hembus nafas. Kalau 4-4 ni memang penat sikit sebab senang semput. Tapi buat selagi belum semput. Sebab after korang tukar 2-2, dia terus rasa ringan and korang dah tak semput. Tak percaya? Cubalah :) Ini tips Sir Azhar turunkan dekat kami tau.


Langkah kaki
Sebagai seorang budak band, mesti kita dah lali dan biasa dengan cara pergerakkan kaki kita masa marching dalam formation, kan? Apa kata kita aplikasikan dalam jogging, supaya kita dapat jaga posture kita dengan tertib masa jogging.

Tumit kaki jatuh dulu, baru tapak kaki. Yes. Itulah dia Haha. Aku selalu jalan pergi mana-mana dengan guna posture ni. Sebab Sir Azhar suruh (pandang bawah). Cukuplah kena marah kena baling sticks dekat kaki drpd jauh sebab posture kaki salah. Hekhek. Tapi pengalaman itulah yang mengajar kita, kan? :)


Selang-seli dengan berjalan
Takkan nak lari non-stop pastu terus berhenti, kan? Haihh takkan nak jogging kejap naw? Hahaha kita continue, tapi kita jalan dulu. Redakan degupan jantung and kasi kaki rehat sikit. Tapi jalan ni kena ada syaratnya jugak. Jangan daripada jogging tu, terus sharply berjalan relaks. No no no. Cannot do that okay Hahahaha. Kita kena berjalan dengan kadar yang laju. Jangan jalan macam nak pergi pasar (Ops macam pernah dengar je ayat ni Haha). Ada sebabnya :) Kita boleh selaraskan pace kita berjalan dan berlari, supaya tak lari drpd track pace kita.


COOL-DOWN, baby
Ini penting ye sayang sayang sekalian demi keamanan sejagat. Cool-down perlu sangat sangat dan sangat supaya kita dapat elakkan drpd sebarang kesakitan after kita jogging. Jangan marah kalau lepas bangun tidur, korang sengal-sengal badan semua hanya kerana korang tak cool-down. Hiks.


Minum air bulkly.
Mohon dengan sangat, korang semua minum air mineral, air masak. Bukan air bergula. Dan bukaaaaan 100plus ke, gatorade ke apa ke. Segala jenis minuman isotonik semua tak dibenarkan. Kita nak bakar lemak, bukan nak bakar glucose. Kena stay minum air masak tau. Malaslah nak terangkan dari segi sciencenya dekat sini Hahaha



Ini semua dikerah daripada idea sendiri. InshaaAllah, kalau ada apa-apa kesilapan dalam informasi, mohon dimaafkan ye :) Hihi Selamat maju jaya!



JOM SIHAT SAMA-SAMA DAN KURUS SAMA-SAMA!


ThankYou For Visiting My Hunneyy Bunneyy :D