Acah Acah Colourguard

video 
 Dengan menggunakan masa 3 jam, kitorang bagai nak rak reka steps merepek ni dan practice berulang kali sebab nak perfect. Tapi tak perfect-perfect juga sbb tak synchronize. Hahaha Totally worth it. Tha bruises, the pains, the sweats, semuanya berbaloi! :D

  video
Thank you for the great moment, bestfriend :) 



ThankYou For Visiting My Hunneyy Bunneyy :D

Marilah hidup secara sihat - Senaman :D


Kemain tajuk kemainnn macam dah sihat sangat je kan? Hahaha. Tetiba teringin nak tulis post ni masa jogging subuh tadi. Dahlah teringat dekat juniors semua hmm makin risau dekat diaorang. Urgh! Rasa nak balik Pasir Gudang cecepat :D Nak jadi coach yang baik. Please lah please nak balik cepat Haihhh.

Since balik nanti aku inshaaAllah akan jadi coach untuk trombonist yang lain dalam masa sebulan, aku nak take note lah apa yang akan aku ajar, especially the basics one :) First, nak ajar diaorang cara senam untuk bandgirls yang betul. Aku amalkan sampai sekarang dan alhamdulillah. Aku jarang sakit (amatlah jarang) dan mampu jogging non-stop selama 2 round stadium, 20 round court KKM dan 5 minit non-stop. Tunggulah aku kurus nanti, lagi lama and lagi jauh aku boleh lari non-stop Haha *riaknya*

Sebanyak 90% daripada panduan ni semua datang daripada ayahanda kesayangan band kami, sir Azhar :) He taught us well :) Malangnya, hanya superseniors je yang mampu serap petua dia semua sebab dia ajar kami direct eye-to-eye. Lagi 10% datangnya daripada cikgu netball aku masa form 4 dulu. Ehem. I main netball, youuu. Hahaha. Jadi GK and WD :) Ah rindu!

Baru download this apps. Really helpful.

Okay enough with all the 'throwback' things.


Panduan senaman pagi (jogging) yang betul ( hold and behold *drum rolls* )

Pakai proper attire, girls
Yang paling penting, tutup aurat. Tak kisahlah nak jogging depan rumah ke apa ke, pakailah tudung, baju labuh, stokin, seluar track, kasut sukan. Tak susah kan? Allah jaga kita kalau kita pandai jaga perintah Dia :)


WARM-UP! 
This is really wajib. Sangat sangat. Korang tau tak betapa pentingnya warm-up yang betul? Warm-up dapat mengelakkan kita rasa sakit semasa jogging. Kalau kita tiba-tiba rasa sakit masa jog, ini akan mengurangkan stamina dan efficiency kita berjogging (Amboi ayat kemain) Hahaha serious. Pagi tadi aku silap warm-up. Silap tau, bukan tak warm-up. Aku over tarik pergelangan kaki aku masa warm-up. Later masa jog, kaki tu sakit. Allah. Terus tak bersemangat. Spoiled. Hmm. Take note.

Tapi step-step nak warm-up tu tak dapatlah aku ajar. Takkan nak buat video pulak Hahaha untuk juniors, aku ajarlah nanti. Yang penting, warm-up ni kena mula daripada anggota atas (kepala) sehingga ke bawah (kaki). Kalau yang lain, korang google je lah ye Hiks. Sorry :) Sebab warm-up tu kena perfect, ada peraturan dia. Macam cikgu Netball aku ajar, masa nak warm-up kaki, kena pegang, tolak keatas. Bukan tolak kedalam (Allah, tak reti nak describe) Haha.


Pernafasan
Haaa bandgirls kena tahu ini. Ini yang penting. Sebab pernafasan dengan rentak dengan betul dapat buat aku jog non-stop dalam satu jangka masa yang lama :) Ini rahsia bandgirls tapi nak kongsilah buat non-bandgirls juga :)

First, bernafas 4-4. Apa tu 4-4? Okay. Permulaan jogging tu, bernafaslah ikut langkah korang. 4 langkah tarik nafas, 4 langkah hembus nafas. Buat berterusan ikut langkah kaki korang berjogging. Ingat, nafas guna hidung, bukan mulut. Hidung kan ada cilia and bulu roma yang boleh filter contaminant dalam udara. Jangan sesekali nafas guna mulut okay?

Later, bila rasa dah takboleh nafas 4-4, tukar kepada 2-2. Sama juga teorinya, dua langkah tarik nafas, dua langkah hembus nafas. Kalau 4-4 ni memang penat sikit sebab senang semput. Tapi buat selagi belum semput. Sebab after korang tukar 2-2, dia terus rasa ringan and korang dah tak semput. Tak percaya? Cubalah :) Ini tips Sir Azhar turunkan dekat kami tau.


Langkah kaki
Sebagai seorang budak band, mesti kita dah lali dan biasa dengan cara pergerakkan kaki kita masa marching dalam formation, kan? Apa kata kita aplikasikan dalam jogging, supaya kita dapat jaga posture kita dengan tertib masa jogging.

Tumit kaki jatuh dulu, baru tapak kaki. Yes. Itulah dia Haha. Aku selalu jalan pergi mana-mana dengan guna posture ni. Sebab Sir Azhar suruh (pandang bawah). Cukuplah kena marah kena baling sticks dekat kaki drpd jauh sebab posture kaki salah. Hekhek. Tapi pengalaman itulah yang mengajar kita, kan? :)


Selang-seli dengan berjalan
Takkan nak lari non-stop pastu terus berhenti, kan? Haihh takkan nak jogging kejap naw? Hahaha kita continue, tapi kita jalan dulu. Redakan degupan jantung and kasi kaki rehat sikit. Tapi jalan ni kena ada syaratnya jugak. Jangan daripada jogging tu, terus sharply berjalan relaks. No no no. Cannot do that okay Hahahaha. Kita kena berjalan dengan kadar yang laju. Jangan jalan macam nak pergi pasar (Ops macam pernah dengar je ayat ni Haha). Ada sebabnya :) Kita boleh selaraskan pace kita berjalan dan berlari, supaya tak lari drpd track pace kita.


COOL-DOWN, baby
Ini penting ye sayang sayang sekalian demi keamanan sejagat. Cool-down perlu sangat sangat dan sangat supaya kita dapat elakkan drpd sebarang kesakitan after kita jogging. Jangan marah kalau lepas bangun tidur, korang sengal-sengal badan semua hanya kerana korang tak cool-down. Hiks.


Minum air bulkly.
Mohon dengan sangat, korang semua minum air mineral, air masak. Bukan air bergula. Dan bukaaaaan 100plus ke, gatorade ke apa ke. Segala jenis minuman isotonik semua tak dibenarkan. Kita nak bakar lemak, bukan nak bakar glucose. Kena stay minum air masak tau. Malaslah nak terangkan dari segi sciencenya dekat sini Hahaha



Ini semua dikerah daripada idea sendiri. InshaaAllah, kalau ada apa-apa kesilapan dalam informasi, mohon dimaafkan ye :) Hihi Selamat maju jaya!



JOM SIHAT SAMA-SAMA DAN KURUS SAMA-SAMA!


ThankYou For Visiting My Hunneyy Bunneyy :D

Kehadapan 2014 :)

Peace be upon you :) Hai engkorang semua. Harini dah 6/1/2014. Sudah enam hari merasa hidup dalam tahun 2014. Yay ! *Bunga api meletup-letup atas kepala* Tadi pun, baru habis jawab paper Genetik Am. Yay or Nay? ABSOLUTELY NAYYYYY! :( Allah. Hanya mampu redha dan berdoa. Serious rasa sedih sangat sampai takboleh nak nangis. Tskkk.

Start next semester inshaaAllah, aku nak buat beberapa perubahan. Aceeeewah. Ehem. Dengarlah please please dengarlah Hahaha. Okay takdelah banyak mana tapi macam aku nak watch-over finance aku. Aippp bukan fiancee. FINANCE! Hamboi, fikir lain nampak Hahaha (bajet ada orang fikir lain).

InshaaAllah, nak jadi wanita yang baik, perempuan yang disegani dan umat yang beriman :) Walaupun aku ni cem gangster-gangster sikit. Aku gangster tu bersebab. Mungkin ini akan menenggelamkan sifat wanita aku tapi takpe. Simpan untuk laki aku je nanti bila kahwin Hahaha.

Kepada kawan-kawan yang ada niat nak berubah tu, marilah berubah. Kejar dunia, apa yang dapat. Walhal akhirat tu lah kehidupan abadi :) Nak berubah? Jom! Kita mulakan dengan solat awal waktu. Latih diri daripada sekarang. Sila baca entry yang lepas, pasal solat akhir waktu tu. Serious lepas baca, aku terasa habis Hmmmm. Sangat. Kalau dah dengar azan tu, jom lah terus angkat wudhu'. Solat bukan lama pun. 10 minit je :) Daripada kita buat benda lagha dalam masa 10 minit solat untuk satu waktu tu, baik kita abdikan diri kepada Allah :)


Marilah senyum :)




ThankYou For Visiting My Hunneyy Bunneyy :D

I am soooooo the malas.

Allah. Kenapa malas sangat nak study ni? Asyik bertangguh je. Dahlah tak prepare apa apa pun utk next exam. Hmmm Allah. Mana semangat aku pergi? Kenapa dia menghilang?  Stress. Tapi this positive stress can't directly influence me Haigooooooo!!!


Please. Come back, my love. I need you. Mana semangat kesayangan aku pergi tah aku pun taktahu.

ThankYou For Visiting My Hunneyy Bunneyy :D

Tears. Allahu.

Tinggal hanya 15 minit lagi, waktu Solat Isyak akan masuk.

Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib.

Lambat.

Tetapi pada anggapannya asalkan dia bersolat, kewajipannya akan tertunai.

Dia mula membaca doa iftitah dan memulakan rukun-rukun solat sehingga ke sujud akhir dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih.

Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia terpempam.

Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.

Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Suatu suasana yang sangat sesak. Setiap ruang sudut tempat yang dia pandang; telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada.

Jantungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.

Ianya adalah hari mahsyar!

Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari mahsyar, tetapi pada anggapannya kiamat dan yaumil mahsyar itu lambat lagi akan berlaku.

Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri?

Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar!

Soal siasat itu sedang berlaku!

Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil.

Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri

Tiba-tiba dia mendengar namanya dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan lalu membuat satu laluan untuknya.

Dua malaikat memegang tangannya, menggiring dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.

Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya terpunduk dan seluruh detik hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem.

Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.

Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti:
Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam.

Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.

Dia mengaku kesnya.
"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan untuk dilakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan".

Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah lakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh, seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini. Seluruh tubuhnya bergegar lantaran ketakutan.

Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.

Akhirnya, keputusan itu dibuat.

Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.

Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh terjelepuk, melutut dan menjerit. Dia menyatakan bahawa ianya salah.

"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain"

Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh.

Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Dia diseret songsang. Kakinya diseret, sedangkan mukanya menyembam menggahar debu, tanah kerikil dan sebagainya.

Mereka menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.

Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya.

Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya.

Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat...

Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata;
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"

Dia mula menjerit;
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan.

Dia ditarik kembali ke atas.

Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif.

Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,
"Siapakah anda?"

Orang tua itu menjawab,
"Saya solat anda"

"Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur."

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,
"Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!"

Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh.

 

Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.

Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.

--
Kongsi kisah ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga. Mungkin, anda boleh membantu seseorang membuka mata mereka.

Siapa tahu?

Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakim.

I'm really really afraid. Allah Maha Besar. Sesungguhnya akhirat itu maha kekal. Allah.


ThankYou For Visiting My Hunneyy Bunneyy :D

Mari sambut 2014 dengan penuh kesayuan dan keinsafan.

Satu je pendirian yang kena ada kalau nak tulis blog dengan konsisten. Rajin. Yes. Tapi itulah elemen yang aku hilang sekarang ni Ha Ha Ha *sarcasm* Okay. Eh dah kenapa aiyaq mata ni tibatiba mengalir? Haigoooooo. Itulah. Orang kata, jangan suka sangat. Karang menangis. Hahaha

Okay aku just nak kongsi perkara-perkara yang aku teringin nak buat dan inshaaAllah akan dilaksanakan pada tahun 2014 ni. Hiahiahia.

  • Tambah ilmu, iman, kebaikan and get rid those mazmumah things from me.
  • Cadangnya nak pergi travel. Hmmmm. InshaaAllah :)
  • Nak bergiat lebih aktif dalam aktiviti Universiti @ Kolej @ Artisukma. Aku nak belajar and dapat softskills, so aku boleh develop diri aku, perbaiki diri aku and jadi orang yang disenangi :)
  • KURUS! Yes, setiap pagi kena jogging 30 minutes. 10 minutes for warm-up & cool down. Another 20 minutes kita jog non-stop! Nak amalkan gaya hidup sihat.
  • Nak lebih fokus dalam lecture, dalam pelajaran. Taknak main-main macam sem 1 ni hah.
  • Nak jadi seseorang yang boleh encourage orang lain buat benda baik. Yes. I really meant it.
  • Nak jaga hati & perasaan orang yang aku sayang. Family, friends, lecturer, juniors, teachers Allah. I miss those guys!
InshaaAllah.


ThankYou For Visiting My Hunneyy Bunneyy :D