Okay exam Math kitorang start pukul 3petang. Before that kitorang ada kelas CTU, habis dalam pukul 2.10 rasanya. Patutnya habis 2.20 tapi sebab ustazah tu baik, dia lepaskan kitorang awal :p Okay then lepas kelas tu, aim kitorang yang first sekali, nak cari surau nak solat Zohor. Okay alang-2 dah ada dekat FF2, kitorang pun turunlah floor 2, sekali tengok surau dia, bapak ahhh! Kasut melambak gila bapak macam semut! Sebab semua kelas maybe lecturer keluarkan awal jugak. So aku fed up kalau nak solat pun kena bersesak. Memang tak khusyuk lah aku jawabnye --' Then bincang punya bincang, kitorang decide nak pergi surau port biasa kitorang. Jauh doh! Tapi demi nak selesa, aku apa heran. Port surau kitorang dekat blok FPP, area budak-2 degree ndd diploma. Daripada FF2, kena redah jalan tar pergi FSK 1,5 then lintas nak pergi FPP. Aku rasa aku macam tengah bermusafir 2 marhalah --' Hahaha
Alhamdulillah lepas solat semua, tengok jam dah pukul 2.45pm. Dayyymmmmmmm! 15minutes more before exam start! Kitorang berlapan berlari kalah Bolt wehhh. Yang jalan laju dah rupa kartun dah aku tengok. Dengan diaorang pakai jubah nye. Hamikkau, semua angkat kain jubah berlari jugak, sebab dewan kitorang dekat FF3, area FF2 tadi tempat kelas CTU. Boleh pulak lepas tu, kitorang berlari mengah-2 semua ke FF3, ada makcik cleaner tegur yang dewan exam bukan dengan FF3, tapi dekat FF2. PULAK!!! Masing-2 buat uturn Hahahaha Pastu dah sampai FF2, rushing masuk lif. Daymmmmmmmmmmmm salah floor pulak! Menapak kitorang naik tangga sampai jumpa dewan peperiksaan 3. Masuk-2 je, ya Allah, kitorang masuk ikut pintu depan?! Shit. Semua pandang --' Okay cover. Dapat tempat depannnn sekali sebab tu jelaa yang kosong nye pun adoii ter ber T^T Berpeluh, penat, mengah semua ada. First exam, macam-2 benda jadi Hahaha :D Moment wehhh. Sesat dekat universiti sendiri --'
Camwhore in CTU class. Ustazah tengah mengajar tu dekat depan --' |