Yeahhhh. Kitorang pergi sebab kitorang rinduuuuu sangat band. Sangat rindu. Selalunya kalau stress, pergi bilikband, lepaskan semuanya dekat instrument. Dekat sini takde nye benda-2 macam tu. Ya Allah, kalau pendam lelama, boleh pecah doh kepala otak aku. Banyak pancaroba sebenarnya. Dugaan semua ada. Sampaikan aku berdoa menangis-2, sebab risaukan keselamatan kitorang. Adalah sebab apa. Rahsia. Hahaha. Dahlah takpernah jejakkan kaki dekat Terengganu. Memula macam risau. But alhamdulillah Diba and Fana lead kitorang bila kitorang sampai sana :)
Muka pagi-2 dalam bas. Dahlah duduk seat belakang tingkat dua --' |
Masa ni bas berhenti rehat utk solat Zohor dekat Cherating. |
Okay then, lepas sampai MPKT punya bas station, kitorang rushing tukar baju. Dengan bilik air dia yang sempit bagai. Bas station ni sama macam bas station dekat Masai tu. Agak sama dengan bangunan dia yang lusuh Hahaha tapi lagi besarlah drpd Masai :) Lepas tukar baju, dengan tak makan semua, kitorang terus beli tiket balik Klang untuk hari esok. Searching tiket paling awal! Hahaha sebab isnin kan ada kelas --' Then naik 'teksi' nak pergi Stadium Tertutup Gong Badak. Nervous moment masa naik 'teksi' tu. Siap baca ayat kursi berpuluh-2 kali, baca doa berbelas-2 kali. But then Alhamdulillah, sampai jugak akhirnya.
She called me, then we met. Finally! Miss you musyuk! |
UiTM meet UPSI dekat Terengganu. Jauh gila nak jumpa Hahaha |
Moment when results will be announce. |
Banyak jerit, banyak ketawa, banyak makan, banyak ambil gambar, semua sedikit sebanyak dapat releasekan stress aku. Oh yeah. Ada satu benda nak cerita. Actually masa SAHC perform, aku taktahu kenapa, aku tiba-2 menangis. Lagu dia menusuk hati aku, and danggggggggggggg! Airmata keluar. Maybe sedap sangat kot --' Entah penyakit apa tah aku ada --' Okay ni result dia :) Untuk divisyen II jelah yeee :)
1st : KeatHwa - Spain
2nd : St John - P. Ramlee
3rd : Victoria Institution - Sudirman
4th : Chung Hwa Wei Sin - Prince of Egypt
5th : SAHC - Romeo and Juliet
6th : Klang High School - James Bond
7th : Lembah Bidong
8th : SIGS - Elvis Presley
Malam tu event habis dalam pukul 1pagi kot. Rasanya. Sementara tunggu teksi, aku ronda-2 khemah budak-2 band lain, tengok diaorang packing barang naik bas :) And for the last time, aku pergi khemah Sigs, andd hug Syaz ketat-2 ! Rasa nak nangis masa peluk dia. Lama gila kitorang peluk. Serious lepas ni susah dah nak jumpa doh. Then lepas naik teksi, drop by dekat one hotel nd overnight dekat sana. Sejuk gila bhai! Aku siap main tarik-2 selimut dengan izzati Hahaha nyesal pasang aircond --' Next day kitorang jalan kaki pergi MPKT, nak naik bas balik kitorang :3 Farewell Terengganu !
^^v |
:') |