Dasyat Moment handling first test :o

Harini. 25/7/2012 kitorang budak-2 Asasi Palam confront our first ndd evaaaa test sejak masuk sini. Gabra tahap cipan takpayah cakap ah. Tahap tapir pun hado kot rasanya Haha *upgrade sikit* selalunya ada quiz je. Quiz pun dah cuak tahap gajah --' Okay motif aku harini aku nak cerita moment kitorang jadi buzzlightyear harini. Semua pasal exam. Siap salah tempat lagi wa cakap sama luuu --'

Okay exam Math kitorang start pukul 3petang. Before that kitorang ada kelas CTU, habis dalam pukul 2.10 rasanya. Patutnya habis 2.20 tapi sebab ustazah tu baik, dia lepaskan kitorang awal :p Okay then lepas kelas tu, aim kitorang yang first sekali, nak cari surau nak solat Zohor. Okay alang-2 dah ada dekat FF2, kitorang pun turunlah floor 2, sekali tengok surau dia, bapak ahhh! Kasut melambak gila bapak macam semut! Sebab semua kelas maybe lecturer keluarkan awal jugak. So aku fed up kalau nak solat pun kena bersesak. Memang tak khusyuk lah aku jawabnye --' Then bincang punya bincang, kitorang decide nak pergi surau port biasa kitorang. Jauh doh! Tapi demi nak selesa, aku apa heran. Port surau kitorang dekat blok FPP, area budak-2 degree ndd diploma. Daripada FF2, kena redah jalan tar pergi FSK 1,5 then lintas nak pergi FPP. Aku rasa aku macam tengah bermusafir 2 marhalah --' Hahaha

Alhamdulillah lepas solat semua, tengok jam dah pukul 2.45pm. Dayyymmmmmmm! 15minutes more before exam start! Kitorang berlapan berlari kalah Bolt wehhh. Yang jalan laju dah rupa kartun dah aku tengok. Dengan diaorang pakai jubah nye. Hamikkau, semua angkat kain jubah berlari jugak, sebab dewan kitorang dekat FF3, area FF2 tadi tempat kelas CTU. Boleh pulak lepas tu, kitorang berlari mengah-2 semua ke FF3, ada makcik cleaner tegur yang dewan exam bukan dengan FF3, tapi dekat FF2. PULAK!!! Masing-2 buat uturn Hahahaha Pastu dah sampai FF2, rushing masuk lif. Daymmmmmmmmmmmm salah floor pulak! Menapak kitorang naik tangga sampai jumpa dewan peperiksaan 3. Masuk-2 je, ya Allah, kitorang masuk ikut pintu depan?! Shit. Semua pandang --' Okay cover. Dapat tempat depannnn sekali sebab tu jelaa yang kosong nye pun adoii ter ber T^T Berpeluh, penat, mengah semua ada. First exam, macam-2 benda jadi Hahaha :D Moment wehhh. Sesat dekat universiti sendiri --'

Camwhore in CTU class. Ustazah tengah mengajar tu dekat depan --'

ThankYou For Visiting My Hunneyy Bunneyy :D

Class Trip yang gila Hahaha

Alhamdulillah. Walaupun penat uruskan itu ini untuk class trip kitorang, banyak tukar plan last minute semua, akhirnya jadi jugak class trip. Fehh baru tahu betapa payahnya nak uruskan semua benda ni. Kesian dekat class rep aku. Lahai Ekbal, kau ketua segala ajk, lagi kau penat aku tahu. Aku ajk makanan pun dah macam apa dah penat dia --' Lagi yang tukang buat proposal nd kertas kerja bagai tu. Alhamdulillah. Berkat usaha sama kitorang, benda ni jalan jugak akhirnya. Very outstanding classmates! :)

Okay mula-2 dalam proposal dah rancang nak pergi Taman Botani and Wetland. Then singgah Alamanda. Lepastu, terpaksa cancel sebab tempat tu semua penuh ndd takde staff nak uruskan kitorang. So kitorang decide last minute, 2days before the date for the class trip, nak pergi Hulu Yam :) Yay! Memang mandi sakan kitorang dekat air terjunnnn ! :) Before that, kitorang lima orang AJK pinjam kereta Mr F, our mentor merangkap lecture Physics kitorang. Function? nak beli barang ngek. Memang minggu tu busy gila doh kitorang. Dengan lab report semua tak buat --' Tapi alhamdulillah semua okay je :)

Kitorang paksa Afnan pandang kamera. Tengah memandu woi.
Lepas uruskan semua benda bagai, akhirnya Ahad pun tiba *cewahhhh* Hahaha semua beria, tak sabar nak pergi Hulu Yam! Siapa yang taknak pergi siotttt. Aku drpd jadi AJK makanan, terus transform jadi AJK fotografi. Kamera Mr F pulak tu. Dslr canon, serious berat gila bapak Hahahaha. Okay memang syok gila habis. Dengan aktiviti-2 yang AJK program handle, memang awesome moment :3

As we arrived, camwhore mode activated :p

Le me with Mr F :)

Drpd cari gula-2 dalam tepung, terus jadi world war tepunggg :p

Atototototoooo our Mr F kena lagi teruk.





Aku memang suka buat muka camni :)

Next game, dadu beracun :)

Gambar before kami terjun sungai Hahaha
Kuang jaq ! Aku kena serangan hendap --'

Le me and Azmiera :)

Too much fun, gambar dekat kamera Mr F je dah dekat 500 gambar Hahaha banyak lagi event sebenarnya yang AJK program handle. Lepas tu, kitorang makan salin baju semua, kemas-2 ndd its shoppinggggggggg time! Hahaha Setia City Mall je makcik pakcik oihhh Hahaha. Dahlah penat. Budak-2 ni madah tengok wayang Spiderman 3 --' Lahai-2 takde cerita lain ke? Tapi yang syok, seriouslyy dekat Hula Yam :) ILOVEYOUGUYS !


ThankYou For Visiting My Hunneyy Bunneyy :D

Bermusafir ke Terengganu :)

Sounds crazy but kitorang tiga kepala pergi Terengganu from UiTM Kampus Puncak Alam pagi Sabtu ndd balik sini balik hari Ahad pagi. Total perjalanan duduk dalam bas ekspress : 18jam ++ Gila kan? Penat? Orang gila je kata tak penat. Dengan buat assigment atas bas sampai pening-2. Tidur lambat, kononnya nak buat assigment, tapi terbongkang atas katil hotel Hahaha. For what actually kitorang berpenat lelah pergi Terengganu? Yeeahhhhhh tu yang nak cerita tuuu. It is all about PASSION in this !



Yeahhhh. Kitorang pergi sebab kitorang rinduuuuu sangat band. Sangat rindu. Selalunya kalau stress, pergi bilikband, lepaskan semuanya dekat instrument. Dekat sini takde nye benda-2 macam tu. Ya Allah, kalau pendam lelama, boleh pecah doh kepala otak aku. Banyak pancaroba sebenarnya. Dugaan semua ada. Sampaikan aku berdoa menangis-2, sebab risaukan keselamatan kitorang. Adalah sebab apa. Rahsia. Hahaha. Dahlah takpernah jejakkan kaki dekat Terengganu. Memula macam risau. But alhamdulillah Diba and Fana lead kitorang bila kitorang sampai sana :) 

Muka pagi-2 dalam bas. Dahlah duduk seat belakang tingkat dua --' 
Masa ni bas berhenti rehat utk solat Zohor dekat Cherating.

Okay then, lepas sampai MPKT punya bas station, kitorang rushing tukar baju. Dengan bilik air dia yang sempit bagai. Bas station ni sama macam bas station dekat Masai tu. Agak sama dengan bangunan dia yang lusuh Hahaha tapi lagi besarlah drpd Masai :) Lepas tukar baju, dengan tak makan semua, kitorang terus beli tiket balik Klang untuk hari esok. Searching tiket paling awal! Hahaha sebab isnin kan ada kelas --' Then naik 'teksi' nak pergi Stadium Tertutup Gong Badak. Nervous moment masa naik 'teksi' tu. Siap baca ayat kursi berpuluh-2 kali, baca doa berbelas-2 kali. But then Alhamdulillah, sampai jugak akhirnya.


She called me, then we met. Finally! Miss you musyuk!

UiTM meet UPSI dekat Terengganu. Jauh gila nak jumpa Hahaha

Moment when results will be announce.

Banyak jerit, banyak ketawa, banyak makan, banyak ambil gambar, semua sedikit sebanyak dapat releasekan stress aku. Oh yeah. Ada satu benda nak cerita. Actually masa SAHC perform, aku taktahu kenapa, aku tiba-2 menangis. Lagu dia menusuk hati aku, and danggggggggggggg! Airmata keluar. Maybe sedap sangat kot --' Entah penyakit apa tah aku ada --' Okay ni result dia :) Untuk divisyen II jelah yeee :)


1st : KeatHwa - Spain
2nd : St John - P. Ramlee
3rd : Victoria Institution - Sudirman
4th : Chung Hwa Wei Sin - Prince of Egypt
5th : SAHC - Romeo and Juliet
6th : Klang High School - James Bond
7th : Lembah Bidong 
8th : SIGS - Elvis Presley


 Malam tu event habis dalam pukul 1pagi kot. Rasanya. Sementara tunggu teksi, aku ronda-2 khemah budak-2 band lain, tengok diaorang packing barang naik bas :) And for the last time, aku pergi khemah Sigs, andd hug Syaz ketat-2 ! Rasa nak nangis masa peluk dia. Lama gila kitorang peluk. Serious lepas ni susah dah nak jumpa doh. Then lepas naik teksi, drop by dekat one hotel nd overnight dekat sana. Sejuk gila bhai! Aku siap main tarik-2 selimut dengan izzati Hahaha nyesal pasang aircond --' Next day kitorang jalan kaki pergi MPKT, nak naik bas balik kitorang :3 Farewell Terengganu !


^^v

:')

ThankYou For Visiting My Hunneyy Bunneyy :D

Rasa semakin sesuai :)

Alhamdulillah alhamdulillah. Makin lama aku duduk sini, makin aku rasa aku kenal perangai manusia demi manusia. And yang paling penting, aku rasa aku dah boleh sesuaikan diri. Alhamdulillah ya Allah. Aku berdoa tiap-2 hari, biar aku dapat jalani hidup dengan mudah and tenang dekat sini. Syukur Ya Allah. Aku pun dah mula berubah sedikit demi sedikit, hasil usaha aku and kawan-2 aku. Berubah kepada yang lebih baik, alhamdulillah. Aku dekat sini first-2 jadi observer je. Observe apa budak-2 pandai buat, belajar, cara cakap, cara berkomunikasi, cara presentation nd semua lah aku observe. Kadang aku terasa diri aku kerdil, tapi aku tahu. Tugas aku, nak tuntut ilmu. Ilmu dekat dunia ni luas Subhanallah! Kalau rasa tak faham, aku takkan segan silu nak tanya. Memang result spm aku low, but aku akan try elakkan result spm tu jadi penghalang and pematah semangat aku untuk berjaya.

And alhamdulillah, classmates aku semua extrovert! :) Banyak kerjasama, bincang, sporting. This is the true spirit of friends. Kita akan habiskan banyak masa bersama in this one year. Satu tahun je weh. InsyaAllah kita takkan lupa antara satu sama lain. Meh kita strieve sama-2 mehh :)

Gegirls ohzem.

Friendship bangles Ayong Izzati Asna :)

P/s : Test 1 incominggggggggggggggggggg! Run for your life beybehhh. Pray for me. Hope aku dapat jawab dengan tenang and dapat markah yang excellent. Amin ya Rabbal Alamin.


ThankYou For Visiting My Hunneyy Bunneyy :D