Hai, semester dua tahun dua!

Alhamdulillah. Dah tiga hari kitorang semua start sesi baru as the undergraduate students. Syukur syukur kerana masih diberikan peluang untuk terus menimba ilmu :) 

Masa cuti sem sebulan lebih tu, hapak pun takrak aku cerita apa apa hekkk? Hahaha kesiannnn. Alaa bukan orang nak baca pun. Tulih ni sesaja nak hilangkan bosan, sekaligus nak asahkan lagi kelajuan dan kecekapan menaip gittuw~ 

Okay, apa azam kita untuk semester baru ni? Tengok jadual memang hampeh packed gilos weheeeei. Semester ni 22 kredit, termasuk dgn dua unit kredit untuk HC (HC ni macam koko lah lah suh kita asah softskills). Mesti ada orang kata, 


"Eleeeeh baru 22 kredit dah bising kata banyak. Aku punya credit hour dah cecah max 26 kredit tak bising pun?"


Eh wello wello abang abang kakak kakak. Lain orang lain cara belajar, tahap fokus dan cara agihkan masa. Aku ni memang fail lah weiii kalau disuruh agihkan masa dengan betul. Lagi nak fokus bebanyak subjek pulak oh please no way, man! Tak campur darab kuasa seribu dengan assignment setiap subjek, presentation satu subjek boleh ada dua tiga kali, lab report menggunung taktahu bila nak jadi landai, projek kelab Genetik yang menimbun tak setel-setel, dengan nak fikir jimat duit dia lagi, nak fikir nak amalkan diet seimbang dia lagi Oh no, bebeh. Aku ni cerewet, sebab tu aku memang ambil berat betul dengan bilangan jam kredit ni. Pada aku 20 jam kredit tu memang dah banyak sesangat sangat lah wei. Nampak gaya dia memang kena strive usaha fokus habis-habisan semester ni. Semoga dipermudahkan segala hal dan usaha, Amin! 

Buku dibalut dan ditampal nama sebesor alam, khas untuk subjek Major shj Huahuahua




ThankYou For Visiting My Hunneyy Bunneyy :D