Derma darah, pengsan?

Holla ppl ! Happy cuti midsem! (Bahasa bercampur blergh). Hokayzi. Let's begin cerita yang memang sedih malu sampai rasa tak cukup besar tangan ni nak tutup muka. Percayalah. Kesian dekat diri sendiri pun ado ni hah Hahaha.

Okay, so cerita dia macam ni. Hari Khamis lepas, Bapak (aka Ehsan, YDP Kelab Genetik) ajak kitorang semua ramai-ramai derma darah di Pusanika. Kebetulan masa tu ada event Derma Darah, dikendalikan oleh Sekretariat Pesta Konvo dengan kerjasama Pusat Darah Negara. Masa tu betul betul lepas habis kelas Biochem (saya tak fokus biochem kbye). Hahaha masa tu Ehsan dah menyeru kawan kawan semua supaya jom ikut dia derma darah. Aku sebenarnya tak terfikir pun, w/pun dah ada niat lama dah. Tapi selalu tak cukup syarat. Tidur tak cukup, tak sarapan, datang bulan dsb. Hahaha so kebetulan pagi tu aku rasa cem aku dah cukup syarat lah kan nak derma darah, aku ajak Mai dan Teah sekali. Mai mata dia dah bersinar-sinar bagai permata (cewahh over) sbb dia pun first timer macam aku. Cuma Teah je taknak. Dia kata dia takut lepas derma darah nanti, dia jadi gemuk. Hahaha ngade betulllll Teah! Tapi dia ikut juga sbb nak tengok situasi dan nak temankan kitorang (maklumlah, lepas tu dah takde apa apa kelas dah). So, aku, Mai, Teah, Tuan dan Ehsan jalan sesama pergi Pusanika :)

So, lepas ambil borang, isi seribu tempat kosong dalam borang tu (leceh kena isi banyak benda), check jenis darah, kena konsultasi oleh nurse dan check blood pressure, aku boleh menderma darah sebanyak 450ml :D Yay! Masa ni, Tuan dan Ehsan dah baring atas kerusi tu dah. Aku dgn Mai je yang baru nak set up diri sendiri semua. So, they draw my precious blood awat from my vein ToT Masa kena cucuk tu, tak rasa sakit sangat pun, sebab dia dah bius. Serious cakap after cukup satu 'pain' darah tu, tetiba rasa lemah sangat. Nurse lelaki tu datang untuk letak plaster dan pesan, 

"Jangan buat kerja berat ye, dik."

 Mummy kata muka Mai nampak sikit dia takut dan muka aku muka selamba Haha kbye.

Okay after that, aku, Ehsan dan Tuan stay Pusanika sebab nak buat lab report Biochem (Noted that Ehsan merupakan lab partner aku). Teah dan Mai balik kolej dulu after that. Lepas siap buat lab report, aku cakap dkt diaorang aku nak terus keluar ke TBS sebab nak beli tiket utk esok, nak balik Pasir Gudanglah kaaaaaaaan. Hiks. Padahal baru seminggu lepas balik masa cuti raya haji ritu Hahahahhahaha. 

Then, naiklah aku dalam bas zon 6, menuju ke KTM UKM. Dengan kuasa touch n go yang aku miliki, aku scan dan aku mererobos masuk dalam palang tu Kah! Okay masa ni tak rasa apa apa lagi tau. Aku rasa seronok adalah sebab dapat derma darah :D Lepastu, aku carilah seat sementara nak tunggu ktm datang. Aku duduk jap dkt sebelah seorang perempuan ni, penuh beg dia bawah, Bagasi besar, backpack dan juga handbag. Hmm untunglah balik awal ennnnn. 

Later on, tetiba aku rasa kebas dekat bahagian kepala. Then rasa dunia berputar, pusing dan kabur. Terus, zap! Dalam hati aku, aku cakap, "Aku akan pengsan lepas ni." Pap! Terus, aku pengsan. Kaki aku dah rasa tak jejak tanah. Purse dan phone yang aku tengah pegang masa tu terjatuh berselerak atas lantai. Aku elok duduk berlunjur dekat lantai tu. Orang perempuan yg sebelah aku masa tu dah cuak dah. Tapi yang paling aku rasa aku ni awesome lah kan, aku rasa aku mampu kejutkan diri aku sendiri daripada pengsan. Aku cakap, "Come to your senses, Ayong! Bangun!" Then, aku mampu buka mata. Tapi masa tu lemah lagi. Aku minta perempuan tadi air. Dia kata dia takde dan dia murah hati nak keluar balik drpd platform tu untuk belikan air. Tapi, tak jadi sebab masa tu kebetulan tren pun sampai. Aku pun gagahkan diri masuk dalam tren tu. Bayangkan, aku keseorangan, pengsan di ktm dan takde sesiapa yg aku kenal dekat sana. Nasib baik aku jatuh dengan posture yang agak cool Hahahahahahahaha.

Hmm malas pula nak cerita apa yang berlaku next tu. Okay je. After beli tiket di tbs, aku terus singgah One Point utk beli coklat dan air mineral. Badan completely lemah. Nasib baik ada sorang lelaki ni baik, dia gentleman, kasi aku jalan depan dia masa nak daki tangga. Thank you, stranger. Aku memang lemah gila masa tu. Hanya mampu cakap, "Thank you" je. 

Pengajarannya di sini, lepas derma darah, jangan nak bajet aktif nak bajet kuat dan sado utk skip rehat! Niat nak derma darah after this mmg ada tapi niat utk berlagak kuat after derma darah mmg dah hancur berkecai. Kena makan dan makan ubat dia sampai habis okayyyyy!

Gigih ambil gambar before update blog.
 

ThankYou For Visiting My Hunneyy Bunneyy :D