So, supposedly kawan aku, merangkap jiran, merangkap floor-matedan juga merangkap segala-galanyalah, kena admit masuk Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) minggu lepas. Tapi, Asda minta jasa baik doktor tu untuk tangguh admit masuk wad sebab minggu tu ada exam Biochem dan dia ada interview untuk Workplace dia. Nasib baik doktor tu faham jadual dak dak univ ni (dah dia pun kerja dekat hukm, kenalah paham). So, Asda admit masuk wad semalam, Khamis (13/11/2014).
Aku, Mai, dan Teah memang dah lama rancang nak teman Asda masa dia nak daftar masuk wad tu semalam. Yelah. Che engkorang bayangkan, selama ni dia pergi check-up di hospital tu sorang sorang. Bangi nak ke Cheras jauh kot! Tiap kali ada appointment, kena lah naik ktm, tren dan teksi. Dah lah sengsorang ToT Yang paling sedih yang paling kesian, bila dia terima berita pasal sakit dia pun sorang-sorang, menangis dalam bilik doktor pun sorang-sorang, takde siapa yang nak pegang tangan dia, beri dia kekuatan pada waktu tu. Kitorang ni, hanya mampu bagi kata-kata semangat dalam group whatsapp je masa tu. Asda pulak, jenis yang taknak susahkan mak abah dia dengan berita berat tu (Noted yang Asda ni orang Kedah). Siap tak bagi datang Selangor untuk jenguk dia lagi sebab abah dia tengah sakit. Eii kalau aku lah, emak dan abah lah orang first aku bagitahu dan menangis onthespot juga depan doktor tu. Serious aku tak sekuat Asda.
Hari Khamis tu, lepas kelas Microbial Genetics, kitorang bertiga ponteng satu kelas Biochem dan terus pergi tunggu bas Zon 6. Asda masa tu dekat bilik sebab dia takde pun kelas. Sesama ponteng Biochem jelah. Tapi dia ado MC so nak kesah apa. Cuma Asda tu hah, walaupun ada MC, tapi dia sayang betul nak tinggalkan kelas *sigh* Sementara nak tunggu ktm, kitoghrang menyelfie ibarat trend anak-anak muda sekarang. Front camera handphone Mai dibuka dan, tadaaaaaaaaaa!
Then, lepas naik ktm (sampai di TBS) dan sampai juga di stesen lrt Bandar Tun Razak, kitorang berempat naik teksi sampai ke HUKM. Wah! Sebesar-besar alam logo UKM depan tu. Bangga jap nokz :8D Hahaha. Lepas buat pendaftaran, kitorang ke tingkat 6, wad 6H untuk ke katil yang dah ditetapkan untuk Asda. Masa jalan di koridor tu, memang dejavu habis, sebab pernah datang sini dulu dengan mak abah, tapi tak kenal sangat siapa dan masa tu masih kecil (rasanyalah). Agak lain sikit suasana dia. Lepas jumpa wad dan katil untuk Asda, nurse suruh Asda tukar baju hospital. Comei je kaler purple macam kaler jubah konvo untuk FST Hahaha. Sementara tunggu Asda siap salin baju, kitorang kemas-kemas katil dan almari kecil dia. Dan sementara tu juga, aku menjamah mata pandang sekeliling wad tu. Ada banyak katil. Semuanya dalam 10 katil. Pesakit sebelah kanan Asda orang perempuan tua. Sedih sangat tengok. Umur 76 tahun (sempat usha nama dan details dia dekat dinding atas katil tu). Takde orang teman dia jaga dia. Sedih serious tapi cover baik punya. Takkan nak nangis tetiba pulak kat situ Hahaha. Sebelah kiri katil pulak, budak perempuan 27 tahun, kena demam denggi. Hmmmm depan katil Asda pun banyak juga orang sakit-sakit. Macam-macam jenis pesakit dan penyakit ada, Kitorang hanya mampu pandang jelah, dan berdoa dalam hati :')
Later, dalam pukul 12:30pm tu kitorang gerak balik UKM. Asda dok halau suh balik Hahahaha tapi aku tahu, dia nak juga orang teman dia :') Kesian Asda. Moga kuat dan kekal tabah! Pagi tadi dia dah selamat buat Lumbar Puncture :) Moga semuanya selamat dan diredhai Allah :)