Lawatan ke GMI - kongsi gambar jelah eh?

Kesayangan Genetics semua :)

Oh sayang lagi sayaaaaang!

Kita gang thor-baik!

Buddyz, ofcoz takkan terpisah :)

Dah semua nak  nyelit kekekeke

Girls' power of Gene!


ThankYou For Visiting My Hunneyy Bunneyy :D

Big Bad Wolf 2014 - First timer Lulz.

Noob sangat aku rasa. Serious ah dah lama duduk Selangor (sejak Asasi lagi), tak pernah pula aku berniat nak pergi Big Bad Wolf (BBW) ni. Aku sebenarnya cuak tengok dengar nama dia. Big Bad Wolf. Serigala yang besar lagi jahat. Gila tak seram? Aku ingat mendeeee lah. Masuk UKM baru tahu laaa jualan buku super murah rupanya Kah! Tapi masa tahun satu UKM pun aku tak pi. Malas. Takde orang yg eager pun nak ajak aku hah.

Later, semalam (19/12/2014) hari Jumaat, si Fazrul wassep tanya nak pi tk BBW? Eh si boncit ni. Cem tetahu je gua tak pernah pergi dan teringin nk pergi sem ni. Aku pun on jeleeeeeeew dah ada orang nak sponsor transport Kah! Bila aku bitau Mai aku nak pi BBW, kemain dia tumbuk lengan aku Cis. Yelah, baru berapa hari lepas kitorang dok bergossip pasai BBW ni. Asda bila tahu, siap wassep gambar suruh carikan buku yang dia nak :D

Paihtuuuuu, lepas aku dah siap dan dengan konfiden nya aku rasa Fazrul (Faz je lah malaih nak tulih mana dia pepanjang) dah masuk UKM, aku wassep dia tanyo "you kat mano?" Dengan bahagianya dia kata "baru kat Nilai. Nak waze apa ni?" Hmm. Aku suh dia buka history Waze dia sbb dulu dia pernah kot datang sini ajak aku keluau makan. Eihhhh.

Paihtu, dia pun sampai dan blaa blaa sampailah The Mines tu. Masuk masuk je, fuiyoooooooooooh amazed gila! Penuh weh. Penuh! Penuh dengan buku! Manusia masa tu tak penuh lagi sebab kitorang datang pagi. So, dengan bahagianya aku dan Faz round round tah berapa kali tawaf, sampailah pukul 1 petang. Peh. Berpinar aku rasa mata aku ni. Serious tangan ni taktahu nak grab buku mana satu dah.


Paktam wassep gambar ni masa awal awal bbw2014 ritu.
Hasil usaha-sama dgn Boncit. Aduh.



Buku paling best yang aku jumpa.
 

Gua rasa tak puas sebab buku yang aku beli semua agak mahal. RM8 paling murah. Hmmm. Aku tanya Faz, mana buku yang tiga hengget punya. Dia kata kita datang lambat, semua RM3 dah kena kebas. Hmm okay iols is kiciwa. Dan sgt tak puas sebab aku rasa ada lagi section yang aku tak explore Haaaaa.

Later after that, kitoghang mencekik dekat Bangi Gateway (lagi?!). Kali ni makang Sushi Kingggggggg! Ohyeah! Aku sebenarnya nak redeem voucher yang aku dapat masa makan Sushi dengan Aben ritu. Tarikh akhir dia 14 January kot tak silap. Memang tak ah 14 January tu last paper aku. Mana sempat nak redeem. Hahahaha.


Makan sikit sebab aku nak diet. Faz tak. Dia mencekik banyak.


Paih Faz anto aku balik, aku pun dengan riang ria rayanya balik kolej berbekalkan satu azam yang kuat seiring dengan satu beg plastik penuh dengan buku-buku tadi. Muahahahahaha! Dan tetibo malam tadi dalam wassep drpd Paktam, katanya dia nak belanja aku di bbw esok. SERIOUSHITZ AH! Terus aku kata okay on, Paktam! Hahahaha so jakgi, InshaaAllah kalau takde aral melintang, Paktam pick-up aku di UKM dan pergi semula ke BBW. Aku rasa rini mesti ada offer sebab dah hari akhir Muahahahaha


Hai, Matluthfi. Saya dah baca catatan awak :)


ThankYou For Visiting My Hunneyy Bunneyy :D

Semoga cepat sembuh, Asda!

Assalamualaikum :) Haaa lamanya tak tulis tulis kat hamparan putih ni, sejak kes pengsan dekat ktm ukm haritu lepas derma darah. Sekarang punya entri pun nak masukkan pasal ktm ukm gakz. Oh, sungguh aku tak boleh lari drpd ktm kesayangan tu ToT

So, supposedly kawan aku, merangkap jiran, merangkap floor-matedan juga merangkap segala-galanyalah, kena admit masuk Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) minggu lepas. Tapi, Asda minta jasa baik doktor tu untuk tangguh admit masuk wad sebab minggu tu ada exam Biochem dan dia ada interview untuk Workplace dia. Nasib baik doktor tu faham jadual dak dak univ ni (dah dia pun kerja dekat hukm, kenalah paham). So, Asda admit masuk wad semalam, Khamis (13/11/2014).

Aku, Mai, dan Teah memang dah lama rancang nak teman Asda masa dia nak daftar masuk wad tu semalam. Yelah. Che engkorang bayangkan, selama ni dia pergi check-up di hospital tu sorang sorang. Bangi nak ke Cheras jauh kot! Tiap kali ada appointment, kena lah naik ktm, tren dan teksi. Dah lah sengsorang ToT Yang paling sedih yang paling kesian, bila dia terima berita pasal sakit dia pun sorang-sorang, menangis dalam bilik doktor pun sorang-sorang, takde siapa yang nak pegang tangan dia, beri dia kekuatan pada waktu tu. Kitorang ni, hanya mampu bagi kata-kata semangat dalam group whatsapp je masa tu. Asda pulak, jenis yang taknak susahkan mak abah dia dengan berita berat tu (Noted yang Asda ni orang Kedah). Siap tak bagi datang Selangor untuk jenguk dia lagi sebab abah dia tengah sakit. Eii kalau aku lah, emak dan abah lah orang first aku bagitahu dan menangis onthespot juga depan doktor tu. Serious aku tak sekuat Asda.

Hari Khamis tu, lepas kelas Microbial Genetics, kitorang bertiga ponteng satu kelas Biochem dan terus pergi tunggu bas Zon 6. Asda masa tu dekat bilik sebab dia takde pun kelas. Sesama ponteng Biochem jelah. Tapi dia ado MC so nak kesah apa. Cuma Asda tu hah, walaupun ada MC, tapi dia sayang betul nak tinggalkan kelas *sigh* Sementara nak tunggu ktm, kitoghrang menyelfie ibarat trend anak-anak muda sekarang. Front camera handphone Mai dibuka dan, tadaaaaaaaaaa!






Then, lepas naik ktm (sampai di TBS) dan sampai juga di stesen lrt Bandar Tun Razak, kitorang berempat naik teksi sampai ke HUKM. Wah! Sebesar-besar alam logo UKM depan tu. Bangga jap nokz :8D Hahaha. Lepas buat pendaftaran, kitorang ke tingkat 6, wad 6H untuk ke katil yang dah ditetapkan untuk Asda. Masa jalan di koridor tu, memang dejavu habis, sebab pernah datang sini dulu dengan mak abah, tapi tak kenal sangat siapa dan masa tu masih kecil (rasanyalah). Agak lain sikit suasana dia. Lepas jumpa wad dan katil untuk Asda, nurse suruh Asda tukar baju hospital. Comei je kaler purple macam kaler jubah konvo untuk FST Hahaha. Sementara tunggu Asda siap salin baju, kitorang kemas-kemas katil dan almari kecil dia. Dan sementara tu juga, aku menjamah mata pandang sekeliling wad tu. Ada banyak katil. Semuanya dalam 10 katil. Pesakit sebelah kanan Asda orang perempuan tua. Sedih sangat tengok. Umur 76 tahun (sempat usha nama dan details dia dekat dinding atas katil tu). Takde orang teman dia jaga dia. Sedih serious tapi cover baik punya. Takkan nak nangis tetiba pulak kat situ Hahaha. Sebelah kiri katil pulak, budak perempuan 27 tahun, kena demam denggi. Hmmmm depan katil Asda pun banyak juga orang sakit-sakit. Macam-macam jenis pesakit dan penyakit ada, Kitorang hanya mampu pandang jelah, dan berdoa dalam hati :')

 


Later, dalam pukul 12:30pm tu kitorang gerak balik UKM. Asda dok halau suh balik Hahahaha tapi aku tahu, dia nak juga orang teman dia :') Kesian Asda. Moga kuat dan kekal tabah! Pagi tadi dia dah selamat buat Lumbar Puncture :) Moga semuanya selamat dan diredhai Allah :)


ThankYou For Visiting My Hunneyy Bunneyy :D